Support & Downloads

Available to download by July 2020.

s f

Contact Info
C19-13A Empire City
47820 Petaling Jaya, Selangor
[email protected]
+603-7621 1902

nakbelajar.io

Tips to apply to Higher education

Tips untuk lepasan SPM melanjutkan pelajaran ke IPT

 

Kalendar tahun 2020 seolah olah terhenti sejak wabak COVID19 melanda negara pada awal Mac yang lalu dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Namun penjarakan sosial sejak pandemic melanda bukanlah sesuatu yang baru buat golongan milenium yang sudah pun di label “anti social” dengan gajet dan applikasi kegemaran seperti instagram, tiktok, snapchat, COD, PUBG dan ada juga yang dah mula bawa lori dan jet pejuang secara simulasi. Kalau bab guna apa apa app yang trending ini semua perkara biasa. Apa yang tak biasa? Bila apply UPU tapi tak dapat, pastinya ini satu pengalaman perasaan baru apabila melihat rakan rakan anda yang sudah mendapat tawaran dan tempat di IPTA. 

Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif adalah titik tolak bagi membantu membuat keputusan untuk melanjutkan pelajaran.

Tidak ada sebab untuk anda menangguhkan sesuatu yang penting untuk anda membuat keputusan bagi melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi (IPT). Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif adalah titik tolak bagi membantu anda membuat keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi (IPT). 

 

Di Malaysia ini kita sangat bertuah kerana pendidikan sangat diutamakan, lambakan akademi, kolej kemahiran, kolej universiti mahu pun universiti menawarkan pelbagai program bermula dengan Sijil Kemahiran, Diploma sehinggalah ke pra Ijazah ataupun asasi. Ia tergantung dengan prestasi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan anda perlu realistik kerana persaingan ke IPTA agak terhad. Berdasarkan data yang kami ada, lepasan SPM pada 3  tahun kebelakangan ini adalah sekitar 400,000 pelajar. Tempat di IPTA hanya tersedia untuk 200,000 pelajar sahaja. Sekiranya anda memohon bidang Kejuruteraan Maritim tetapi keputusan UPU tidak menyebelahi anda untuk mendapat tempat ke IPTA bersabarlah, kalau cita cita itu tidak akan kemana pasti ada jalan. 

 

NakBelajar.IO adalah sebuah applikasi web dan mudah alih (mobile app) akan menyelesaikan dilema dan cita cita para pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke IPT. Applikasi ini membantu anda untuk mencadangkan program yang ada gemari berdasarkan keputusan SPM sebagai kelayakan tertinggi yang anda pernah capai. Keputusan SPM Cemerlang atau tidak, mahupun gagal sekali pun NakBelajar.IO akan cuba memberi anda tempat untuk melanjutkan lagi pelajaran ke IPT. 

 

Daftar sekarang di pautan https://app,nakbelajar.io/register, tetapi jika anda mempunyai akaun Gmail atau Facebook sila terus ke login https://app.nakbelajar.io/login ia terbuka kepada semua lapisan generasi, sebaik baiknya adalah anda sendiri membuka akaun di applikasi kami. Segala data peribadi anda 100% di lindungi,  dan sangat sulit. Sekiranya terdapat ibu, ayah ataupun penjaga pelajar anda juga boleh membuka akaun bagi pihak jagaan. Cara nya mudah sahaja, log masuk dengan Facebook atau Gmail, masukkan keputusan SPM, PT3 atau STP, dan pilih program yang anda rasa sesuai untuk anak anda. Pihak NakBelajar.IO akan mengubungi anda sekiranya permohonan diterima mahupun tidak diterima, tetapi apa yang menariknya disini adalah tugas kami sebagai perunding pendidikan (education consultant) akan membantu memberikan nasihat secara Live Chat untuk memilih program yang 99% pasti layak. 

 

Applikasi NakBelajar.IO juga mampu mengurangkan masa menunggu untuk ke IPT sebanyak 99% kerana kepintaran AI NakBelajar.IO membuat penilaian dan tapisan dengan pantas.

 

Perjalanan untuk segulung ijazah boleh di katakan mudah sekiranya anda mendapatkan khidmat nasihat yang professional yang dapat membimbing anda untuk membuat keputusan.

 

Ikuti perkembangan kami di Facebook rasmi NakBelajar.IO

 

Sekian.

Perunding Pendidikan di NB Consultant @ NakBelajar.I