Support & Downloads

Available to download by July 2020.

s f

Contact Info
C19-13A Empire City
47820 Petaling Jaya, Selangor
[email protected]
+603-7621 1902
Image Alt

Program Diploma Untuk Rakan Pemandu & Rakan Penghantar Grab

Pengambilan masih dibuka. Sesi “preview” dan taklimat untuk program boleh dilakukan secara “online”

Yuran pendaftaran hanya RM100.00

Pinjaman penuh PTPTN disediakan.

Kuliah secara “cyber physical” di mana pelajar boleh mengikuti kuliah dari lokasi anda sendiri!

Terokai peluang yang anda minati dan daftar sekarang!  

Sijil Autocad

  • Program sijil jangka masa pendek untuk mereka yang meminati bidang Autocad dan lukisan kejuruteraan.
  • Kelas akan diadakan setiap hari Ahad dan berlangsung selama 3 bulan. .
  • Yuran hanya RM3,300.00 dan boleh dibayar secara ansuran.

Syarat kelayakan

Tiada syarat minima, terbuka untuk semua rakan pemandu dan rakan penghantar Grab

Diploma Psikologi

  • Diploma ini memberi penekanan tentang memahami psikologi manusia dan bagaimana impknya terhadap kesihatan mental.
  • Pelajar yang mengikuti program ini mempunyai peluang cerah untuk memulakan karier di bidang sumber manusia atau pendidikan. .
  • Yuran pengajian berjumlah RM19,500.00

Syarat kelayakan

Lulus SPM dengan minima 3 kredit termasuk Bahasa Melayu

Lulus Matematik dan Sains di peringkat SPM

Minima 1 tahun pengalaman bekerja

Diploma Kejuruteraan Mekanikal

  • Program ini memberi penekanan secara holistik tentang kejuruteraan dan bidang mekanikal bagi membolehkan pelajar mendapat asas terbaik untuk ke bidang kejuruteraan.
  • Pelajar akan didedahkan kepada aspek rekabentuk, pembangunan dan pembuatan kelengkapan dan produk. Program ini juga akan mendedahkan pelajar kepada penyelidikan dan pembangunan (R&D) di samping aspek pengujian sesuatu produk. .
  • Yuran pengajian berjumlah RM27,200.00

Syarat kelayakan

Lulus SPM dengan minima 5 kredit termasuk Matematik dan satu subjek Sains

Minima 1 tahun pengalaman berkerja

Diploma Pengurusan Perniagaan

  • Peluang mendedahkan diri dalam suasana bermotivasi tinggi dan mendapatkan asas yang kukuh dalam bidang berkaitan perniagaan.
  • Belajar mengenai keusahawanan, tingkah laku organisasi, perakaunan, sumber manusia dan pemasaran.
  • Yuran pengajian berjumlah RM15,200.00

Syarat kelayakan

Lulus SPM dengan minima 3 kredit termasuk Bahasa Melayu

Lulus Bahasa Inggeris

Minima 1 tahun pengalaman berkerja

Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak

  • Program untuk menyediakan golongan pendidik dalam memenuhi kriteria kerjaya di pusat jagaan atau pra sekolah awam dan swasta.
  • Mendedahkan pelajar kepada cara terbaik berhubung, mengajar dan mendidik kanak-kanak.
  • Yuran pengajian berjumlah RM15,200.00

Syarat kelayakan

Lulus SPM dengan minima 3 kredit termasuk Bahasa Melayu

Minima 1 tahun pengalaman berkerja

Diploma Pemasaran

  • Peluang mendapatkan ilmu pengetahuan, skil, teknik dan etika penting dalam menjalankan aktiviti pemasaran yang efektif.
  • Pendedahan kepada analisa pasaran, menentukan kumpulan sasar dan membuka peluang baru menerusi pelbagai cabang pemasaran.
  • Yuran pengajian berjumlah RM19,500.00

Syarat kelayakan

Lulus SPM dengan minima 3 kredit termasuk Bahasa Melayu

Lulus Bahasa Inggeris

Minima 1 tahun pengalaman berkerja

Diploma Reka Grafik

  • Peluang mendalami ilmu pengetahuan dalam bidang seni grafik dan penggunaan perisian atau aplikasi terkini dengan efektif.
  • Mendedahkan kepada yang berminat untuk menjadi pereka grafik tentang teknik terkini dan berkesan sejajar dengan peredaran masa.
  • Yuran pengajian berjumlah RM19,500.00

Syarat kelayakan

Lulus SPM dengan minima 3 kredit termasuk Bahasa Melayu

Lulus Bahasa Inggeris

Minima 1 tahun pengalaman berkerja

Diploma Kreatif Multimedia

  • Program untuk pelajar yang berminat mendalami industri kreatif dengan keutamaan terhadap cara dan teknik mendaptkan hasil kerja terbaik.
  • Program ini menumpukan pada memupuk pemikiran kreatif dan kemampuan menyelesaikan masalah reka bentuk di samping memperkasakan penggunaan visual dengan berkesan.
  • Yuran pengajian berjumlah RM19,500.00

Syarat kelayakan

Lulus SPM dengan minima 3 kredit termasuk Bahasa Melayu

Lulus Bahasa Inggeris

Minima 1 tahun pengalaman berkerja

f

Grab your education now

Seamless Journey to Higher Education

FAQ

Maklumat penting mengenai program ini.

1. Apakah latar belakang program ini?

Program ini adalah inisiatif dari pengurusan Kolej Segi Subang Jaya untuk menawarkan program pengajian peringkat Diploma pada kadar yuran istimewa khusus kepada rakan pemandu dan rakan penghantar Grab yang berdaftar dan aktif.

 

2. Apakah kelayakan untuk memohon sesuatu program?

Permohonan adalah terbuka untuk semua warganegara Malaysia yang lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau peperiksaan setaraf dengan mempunyai minimum 3 kredit. Bagi pelajar yang kurang dari 3 kredit masih berpeluang untuk melanjutkan pengajian ke program ini dengan menduduki peperiksaan APEL (A) yang akan diaturkan oleh pihak SEGi.

 

3. Bagaimana untuk saya memohon ke sesuatu program? Dan bolehkah saya memohon lebih dari (1) satu program diploma?

Permohonan boleh dilakukan dengan menekan butang “Daftar Sekarang di bahagian butiran setiap program. Anda boleh membuat permohonan ke lebih dari satu program untuk pertimbangan pihak kolej.

 

4. Siapakah yang akan memproses permohonan saya?

Setiap permohonan akan disaring dan diproses oleh syarikat perunding pendidikan yang dilantik oleh Kolej Segi Subang Jaya dan pengurusan Grab.

 

5. Apakah data yang saya akan berikan ini selamat?

Data yang diberikan dijamin hanya untuk kegunaan permohonan ke program pengajian sahaja. Pemohon diminta membaca polisi data peribadi kami sebelum melengkapkan permohonan. Lihat lampiran

 

6. Apakah had umur untuk memohon?

Tiada had umur untuk memohon ke sesuatu program.

 

7. Berapa lama jangka masa pengajian sesuatu program?

Berapa lama jangka masa pengajian sesuatu program?
Kesemua program diploma yang ditawarkan adalah untuk tempoh 2 tahun sehingga 2.5 tahun pengajian.

 

8. Adakah program-program yang ditawarkan diiktiraf?

Kesemua program yang ditawarkan diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia.

 

9. Berapakah yuran pendaftaran & yuran pengajian setiap program?Yuran pendaftaran adalah RM100.00 (Ringgit Malaysia Satu Ratus Sahaja) manakala yuran pengajian adalah antara RM15,200.00 (Ringgit Malaysia Lima Belas Ribu Dua Ratus) sehingga RM27,200.00 (Ringgit Malaysia Dua Puluh Tujuh Ribu Dua Ratus), bergantung kepada program yang dipilih. TIADA YURAN LAIN AKAN DIKENAKAN.

 

10. Adakah bantuan kewangan atau pinjaman diberikan?

Bantuan pinjaman PTPTN akan disediakan untuk keseluruhan yuran pengajian dan yuran berkaitan seperti yuran peperiksaan. Pelajar juga akan diberi pilihan sama ada mahu membuat pinjaman penuh atau tidak.

Pihak kolej akan membantu pelajar dalam membuat permohonan pinjaman dan pelajar TIDAK PERLU ke PTPTN secara individu.

 

11. Adakah pelajar wajib memohon pinjaman tersebut?

Pinjaman adalah TIDAK diwajibkan. Pelajar boleh memilih untuk menanggung sendiri yuran pengajian atau membuat pengeluaran dari KWSP.

 

12. Berapakah umur maksimum untuk memohon pinjaman PTPTN?

45 (Empat puluh lima) tahun.

 

13. Bagaimana jadual kelas pengajian dan di mana lokasi kuliah/tutorial akan diadakan?

Jadual pengajian adalah pada hujung minggu (Sabtu & Ahad) dan adalah gabungan secara atas talian dan kuliah/tutorial di dalam kelas. Lokasi kuliah/tutorial di dalam kelas akan diadakan di kampus Kolej Segi Subang Jaya.

 

14. Bolehkah saya memilih untuk hadir ke cawangan kampus Kolej Segi di negeri lain?

Buat masa ini, semua kuliah/tutorial di dalam kelas akan diadakan di kampus Subang Jaya terlebih dahulu. Jika sambutan menggalakkan, pelajar boleh ke kampus lain yang di bawah pengurusan yang sama. Untuk pengetahuan, kampus yang di bawah pengurusan yang sama adalah di kampus Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Kuching. Manakala kampus Johor Bahru adalah secara 100% kuliah atas talian.

 

15. Hubungi Kami

Untuk sebarang pertanyaan lain, sila emelkan soalan anda ke [email protected]