Masa tidak akan menunggu anda
untuk membuat keputusan
- Bakal pelajar memerlukan sumber yang dapat memberi informasi yang tepat dengan kadar yang lebih pantas
- Bagi IPT, untuk mendapatkan petunjuk positif dari senarai pemohon adalah proses yang lama dan memakan masa;
- Proses normal di bawah akan memakan masa sekitar 2 - 5 minggu bekerja
Promosi
Institusi pengajian akan membuat promosi program mereka melalui media cetak, mel elektronik, dan laman media sosial untuk menjemput bakal pelajar ke sesi taklimat/temuduga
Sesi Libat Urus
Bakal pelajar akan memilih sesi taklimat/temuduga mana yang akan dihadiri berdasarkan minat dan kelayakan mereka
Pemilihan
Informasi mengenai sesuatu program dan kemudahan serta bantuan pinjaman/biasiswa akan diberikan ketika sesi taklimat/temuduga untuk pengetahuan bakal pelajar
Pendaftaran
Bakal pelajar membuat keputusan mengenai institusi dan program yang menjadi pilihan mereka


Cabaran sistem sedia ada
Ketiadaan satu platform yang menggabungkan potensi program dan institusi yang boleh mereka pilih

Penggunaan sumber
Kadar penukaran sumber seperti surat, risalah ke data yang berguna adalah rendah

Data yang disimpan secara manual
Kebanyakan data peribadi disimpan secara manual di mana kesilapan boleh berlaku dan berpotensi untuk disalahguna

Sumber berlainan
Bakal pelajar menerima pelbagai info dari sumber berlainan yang menyukarkan mereka membuat pilihan

Hasil saringan sangat minima
Kekeliruan di atas sebab sebab kekurangan data menyebabkan pengambilan pelajar menjadi lambat

Informasi yang tidak tepat
Kebarangkalian untuk informasi dieksploitasi dan mengelirukan bakal pelajar adalah tinggi

Memakan masa
Pegawai pengambilan memerlukan masa yang lama untuk menyaring permohonan

Informasi berpusat
Informasi berguna mengenai program berpusat di satu platform

Maklumbalas yang pantas
Sistem penyaringan kami dapat meningkatkan kepantasan memberi maklum balas mengenai status permohonan

Data peribadi dilindungi
Setiap data yang diperoleh adalah untuk kegunaan permohonan bakal pelajar sahaja


Perundingan atas talian
Perbincangan dan pertanyaan yang boleh dilakukan secara atas talian

Boleh didapati di pelbagai platform
Terdapat di laman web atau boleh dimuat turun ke peranti mudah alih pilihan anda

Mudah digunakan
Sistem yang ringkas, mudah difahami dan mempercepatkan proses permohonan

Kadar masa maklumbalas sistem sedia ada:
Permohonan biasa 0
Permohonan atas talian 0
Permohonan melalui NakBelajar.IO 0

Daftar
sekarang dan teroka peluang pengajian ke IPT
FAQ
Soalan lazim
Apakah NakBelajar.IO?
NakBelajar.IO adalah satu platform pendidikan yang dicipta oleh sebuah syarikat di Malaysia dan boleh diakses melalui laman web atau aplikasi mudah alih. Platform ini menggabungkan program dari institusi pengajian tinggi swasta untuk dinilai oleh bakal pelajar sebelum membuat pilihan. Dengan reka bentuk dan metodologi yang mudah difahami, platform ini akan membantu bakal pelajar untuk melihat dan membuat pra pendaftaran terhadap program yang diminati dengan mudah.
Program apakah yang terdapat di aplikasi NakBelajar.IO?
Terdapat banyak program meliputi pelbagai tahap (sijil, diploma dan ijazah) disenaraikan di dalam aplikasi ini. Program pasca ijazah juga akan disenaraikan kelak.
Adakah sebarang pembayaran dikenakan untuk mendaftar di NakBelajar.IO?
Tiada sebarang pembayaran akan dikenakan untuk mendaftar atau melayari program di aplikasi NakBelajar.
Bagaimana seseorang boleh menyatakan minat terhadap program di NakBelajar.IO?
Caranya mudah sahaja. Selepas mendaftar, bakal pelajar akan dibawa ke senarai pilihan program yang terdapat di aplikasi ini. Mereka boleh menyatakan minat terhadap program dengan cara “swipe” ke kanan terhadap program yang mereka minati.
Bagaimanakah caranya untuk menyemak kesahihan program yang terdapat di NakBelajar.IO?
NakBelajar.IO adalah platform pendidikan yang dimiliki oleh NB Consultant (003072845-M), sebuah syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). NB Consultant merupakan perunding berdaftar dengan institusi yang disenaraikan di dalam aplikasi ini.
Berapa lamakah masa yang akan diambil untuk saya mendapat maklum balas mengenai permohonan saya di NakBelajar.IO?
Perunding kami akan memberi maklum balas dalam tempoh 24 jam selepas pelajar memohon.
Berapa banyak program yang boleh saya daftar melalui NakBelajar.IO?
Tiada had diberikan terhadap permohonan yang boleh dibuat menerusi platform kami. Perunding kami akan membuat penilaian terhadap semua permohonan dan akan berinteraksi dengan pelajar mengenai pilihan pelajar dan cadangan dari pihak kami.
Berapa lama masa yang harus saya tunggu untuk menghantar permohonan baru ke NakBelajar.IO?
Tiada had masa yang tetap diberikan. Walaubagaimanapun, pihak kami akan menasihati dan memberi cadangan yang bersesuaian mengikut kelulusan dan minat pelajar tersebut.
Berapa kerapkah NakBelajar.IO akan mengemaskini senarai program di aplikasi tersebut?
Pihak kami akan terus menilai program yang bersesuaian dan mempunyai nilai tambah kepada platform ini dan bakal pelajar.
Setelah memohon untuk sesuatu program di NakBelajar.IO, perlukah saya menghantar permohonan saya ke institusi tersebut?
Sejurus selepas permohonan pelajar disemak oleh pihak kami, pelajar TIDAK PERLU membuat permohonan selanjutnya ke institusi tersebut. Pihak kami akan memberi maklum balas dan nasihat tentang proses selanjutnya kepada bakal pelajar.
Blog
-
Tips untuk lepasan SPM melanjutkan pelajaran ke IPT
Artikel ini mengandungi nasihat kepada lepasan SPM untuk memilih tempat di Institut Pengajian
-
nakbelajar.io racing to soft launch beta.
nakelajar.io will become the first smart application which comes with web and mobile
© Copyrights 2020 NB Consultant